Stadium TPCA Operasi Lalang

Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim , Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru menghimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.

  • Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.

Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang (hari Sabtu) ini disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.

Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata raifal M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia.